Matlamat

Peserta Koperasi

Selaras dengan Garis Panduan 5 (GP5) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya), Kursus-kursus Wajib merupakan kursus-kursus yang diwajibkan kepada semua anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD). Kursus-kursus Wajib merangkumi bidang-bidang Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi dan Pengurusan Strategik seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Kepentingan

Lembaga Pengarah Koperasi

Kepentingan Kursus-kursus Wajib adalah untuk menyediakan Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dengan kefahaman konsep koperasi serta memperkenalkan mereka kepada peranan dan tanggungjawab ALK dan JAD yang pada umumnya bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Keperluan

Kursus Koperasi

Justeru itu, ALK dan JAD yang dilantik perlu menghadiri Kursus-kursus Wajib ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi. Kegagalan menghadiri kursus-kursus ini akan memberikan kesan kepada ALK dan JAD terbabit.

Kursus-kursus ini dikendalikan di ibu pejabat MKM dan di semua zon MKM. Setiap satu kursus mengambil tempoh 2 hari. Pemohon boleh memohon kursus mengikut tarikh dan tempat seperti yang telah dijadualkan.